Buko? Ape tu?

>> Saturday, March 7, 2009

Ehem... ape tu buko? Ntahlah... hehehe~ Hari ni satu hari berjalan. Pusing-pusing kota raya. Aku n wife window shopping kat Greenhills, Mandaluyong. Macam2 barang bleh dapat di sini. Ada gak aku survey brg2 untuk biznes nanti. Jalan punya jalan tekak nih hauslah plak. Tengok kedai depan nun, malas nak masuk, ada jual kerbau pendek lah plak. Tengah dok berjalan, terserempaklah satu gerai... terpapar tulisan BUKO depan gerai nih... Apa tu buko? Oooo... rupanyer buko ni meaning Kelapa (Tagalog). Memang org sini kreatif yang amat, dari souvenir sampailah makanan, semua leh jadi jualan. (Kita pun tak terfikir yang batang pisang tu boleh jadi sebuah beg yang cantik yang dipanggil abaca beg) Nanti aku tunjuklah pict dia. Hari tu sempat aku pos ke Malaysia 500 bijik for kenduri kawen abang ipar; lupa lak nak amik pict.
Berbalik pada Buko tu, memang kreatif diorang nih, air kelapa siap dari bijik dia, dimasukkan buah-buahan (epal, mangga, pear, strawberi, apa lagi ntah) dicampur dengan susu segar. Memang kenyang dan sihatlah minum air kelapa camni. Wife aku lak minta halo-halo (macam nata de coco tu). Kecik jer kedai dia, aku try tanya kot bleh buat francise kat malaysia. Dia explain2 (english tagalog) aku pun pening. Tapi aku dah curik idea dia nih. hehe~ Future plan....

0 comments:

Aku berkata;

Aku mahu bercerita, aku mahu berkongsi, aku mahu familyku tahu cerita tentang aku walau aku merantau mencari rezeki di negara orang.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP