Earth Hour~

>> Friday, March 27, 2009

Jomlah kita sama-sama menyambut sahutan ini. Earth Hour;
akan bermula esok hari
28 Mac 2009.
Kita tutup lampu tepat jam 8.30 malam - 9.30 malam ya.

EARTH HOUR


Read more...

Babyku~

>> Wednesday, March 25, 2009

My 5 month 3 days baby. Pejam celik jer dah lima bulan. Cepat betul masa berlalu, rasa macam baru semalam jer aku tau wife dah mengandung. Happy ler, baru tadi tengok baby tendang2 perut ibu dia, tu yang terus amik gambar (mcm nampak jer dia tendang...heheh). Dia tak selesalah tu, coz dia still kat bawah, taknak naik-naik, seronok kot dok bawah. Doa-doa semuanya dalam keadaan baik. Nama dia dah ader, tapi belum konfem lagi. Still awal lagi kan, barang-barang baby pun tak beli pun lagi, tunggu cukup 6-8 bulan baru lah beli. Semua staf sini pun prihatin, ni lah first time aku tengok kakak-kakak cni prihatin lepas my wife pregnant. Sampai ada yang sudi hadiahkan katil baby, terima kasih pada mereka semua... Baby, ayah doakan baby sihat, cukup sifat dan selamat lahir. Amin~

Read more...

Banana Leaf

>> Sunday, March 22, 2009

Inilah satu-satunye kedai makan yang ada kat Manila nih, Banana Leaf Restoran. Pemilik kedai ni Singaporean. So, makanan yang dihidangkan pun kebanyakan ada di Malaysia. Tapi kalo nak makan just makan yang seafood jer coz daging and ayam dia tak sembelih. Sedap jugaklah, aku minta nasi goreng and teh ais dan wife lak kuew teaw goreng dengan apple jus. Puas gak makan, banyak giler dan price pun not badlah. (Mcm harga kedai mamak kat m'sia sekarang). Dah lama aku tak minum teh ais ni semenjak mai sini, dan dah lama aku tak makan luar sebenarnya, rindu arrr nak makan kat restoran; akhirnya dapat gaklah lepas jumpa kedai nih. heheh~ "Mamak, teh ais satu"..... =p

Read more...

Weekend datang lagi...

>> Friday, March 20, 2009

Hari minggu datang lagi, esok cuti... yahoooooo~ Ni tanda nya aku boring keje lah tu... kehkehkeh~ Dah 9 bulan aku keje kat Manila nih, tetiba boring plak. (Sebenarnya keje tak boring, boring dengan bos aku jerk, macam singe). Hehehe~ So, hari cuti camnilah baru aku tak nampak bos aku, happy ler jawabnyer... Ahakz... Esok malam ada dinner di Rumah Malaysia, sempena pertukaran seorang pegawai, pulang for good. Ni pun best gak, dapat makan free... Aku bab free ni memang suker (tapi aku ngak kedekut na).

Read more...

Kucingku suke tido...

>> Thursday, March 19, 2009

Nama : Omey
Umur : 6 Bulan ++
Jenis : Persian
Hobi : Makan, Tido, Main, Tido lagi...
Ayat kegemaran : Miowww~
Status : Single

Pst : Nilah teman senyum aku, lasak dan nakal. Bela dari kecik, dah besaq pun sekarang... Wife paling sayang Omey nih sampai nak bawa balik Malaysia daaa.....


Read more...

Jom berjiwang~

Tanpa.... By: Sixth sense



Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

Meski
Pagi itu menatapi
Akan sunyi tanpamu
Menemani aku sepi

Chorus :

Tanpa..
Cintamu aku resah
Tanpa..
Kasihmu aku hampa
Tanpa..
Dirimu aku mati
hohoo…

Ulang 2x

Kini benar-benarku rasakan
Dalam benuk hatiku tanpamu
Ku tak mengerti
Takut
Takut jauh dari dirimu
Kan kau tinggalkan aku sendiri
Tanpamu ku mati
Hohoo…

Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

Ulang 2x


Read more...

Diplomatic

>> Tuesday, March 17, 2009

Sebenarnya aku dok pikir apalah nak mengarang malam ni. Ader idea! Hari ni aku hantar kereta aku nih servis aircond, kompresor dia out. Terbanglah P5000 utk repair natang nih. Hampeh tul. Takpe lah, untuk kegunaan aku gak, hope tak rosak dah. Gambar plate ni saje jer aku letak, takde kena mengena dengan cerita aircond pun.... hahaha~ Nih lah no plat kete aku kat sini, 25661. Ada ong tak nombor nih.... =)

Read more...

Datuk...

>> Saturday, March 14, 2009

Aku diperkenalkan kepada Datuk Hishamuddin. Salam...salam... hehehe~ Kat tengah-tengah tu third sec aku, sengih memanjang jer. Sukernyer dia nak interprem sama. Hahaha~ Anyway, Datuk Hisham memang sporting dan very talkative. Kalo sembang dengan dia memang tak berenti-renti sampai lupa nak makanlah. Okeh, majulah pendidikan negara bersama Datuk Hishamuddin~



Read more...

Gelap~

Aduh, aku makin gelap. First ayat keluar bila amik gambar sendiri. Hikhik~ before ni cerah... hahaha~ Tapi papehal, memang aku semakin gelap. Bulan ni musim panas, panas dia berbeza dengan panas di Malaysia. Sini panas membakar. Fuh' selalu aku pegi kerja jalan kaki jer, susah nak cari parking kat ofis tu, dah ler mahal giler sejam peso50 (RM3). Keje aku dah ler sampai malam, maunyer berapa. RM3 x 12jam = RM36 sehari, giler babas punyalah. Baik aku menapak ke ofis, senang sikit. Boleh ler ringankan badan yang semakin berat nih. Naik 3kg pas duduk sini. Dengan cuaca yang panas terik ni maunyer tak gelap aku nih. huhuu~

Read more...

New Stuff~

>> Monday, March 9, 2009

Huhu~ sejak dua menjak ni asyik boring jer, keje pun tensen jer. So, aku dok fikir-fikir camnelah caranya nak release semua tension yang bersarang ni. Semalam aku ajak wife aku pegi Megamall, saje jalan2, ingat nak pg main bowling tapi ramai orang pulak. So, aku tengok map megamall ni, nampaklah satu pusat iT. Terus aku ke sana. My thinking first nak survey PC (for project after back to malaysia). But, ternampak ler kedai jual Play Station. Saje-sajelah tanya berapa harga dia, PSP harga dia dalam Peso9000++, mahal ler. Aku tanya lah plak PS2, full set; console, 2xjoypad shock, 30x dvd games, harge Peso8500 (bout RM600) Beli jer lah, boleh main game dimasa lapang. Hehe~

Read more...

Buko? Ape tu?

>> Saturday, March 7, 2009

Ehem... ape tu buko? Ntahlah... hehehe~ Hari ni satu hari berjalan. Pusing-pusing kota raya. Aku n wife window shopping kat Greenhills, Mandaluyong. Macam2 barang bleh dapat di sini. Ada gak aku survey brg2 untuk biznes nanti. Jalan punya jalan tekak nih hauslah plak. Tengok kedai depan nun, malas nak masuk, ada jual kerbau pendek lah plak. Tengah dok berjalan, terserempaklah satu gerai... terpapar tulisan BUKO depan gerai nih... Apa tu buko? Oooo... rupanyer buko ni meaning Kelapa (Tagalog). Memang org sini kreatif yang amat, dari souvenir sampailah makanan, semua leh jadi jualan. (Kita pun tak terfikir yang batang pisang tu boleh jadi sebuah beg yang cantik yang dipanggil abaca beg) Nanti aku tunjuklah pict dia. Hari tu sempat aku pos ke Malaysia 500 bijik for kenduri kawen abang ipar; lupa lak nak amik pict.
Berbalik pada Buko tu, memang kreatif diorang nih, air kelapa siap dari bijik dia, dimasukkan buah-buahan (epal, mangga, pear, strawberi, apa lagi ntah) dicampur dengan susu segar. Memang kenyang dan sihatlah minum air kelapa camni. Wife aku lak minta halo-halo (macam nata de coco tu). Kecik jer kedai dia, aku try tanya kot bleh buat francise kat malaysia. Dia explain2 (english tagalog) aku pun pening. Tapi aku dah curik idea dia nih. hehe~ Future plan....

Read more...

Aku berkata;

Aku mahu bercerita, aku mahu berkongsi, aku mahu familyku tahu cerita tentang aku walau aku merantau mencari rezeki di negara orang.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP