Omey

>> Tuesday, June 23, 2009

Ni kucing aku dengan wife nama Omey. Sekarang dah masuk setahun dah umuq dia. Hobi omey ni bergambar, asal aku pegang kamera jer mesti dia datang nak interprem... Pastu sekarang ni plak omey suka makan kurma. Tak cukup kalau bagi sebijik, mesti nak lagi... Lawak tul tengok omey nih... :D



Read more...

Hapi Daddy Day...

>> Sunday, June 21, 2009

Selamat Hari Bapa buat abah ku, Encik Ir. Hj. Zulkifli Bin Hj. Zainal Abidin. Semoga abah sentiasa sihat, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki... Amin~

Dan juga Selamat Hari Bapa buat abah mertuaku, Encik Ramli Bin Ahmad. Semoga abah sentiasa sihat, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selamanya jugak. Amin~
Pst: Gambar diambil time kenduri kawen aku.

Read more...

Aku...

>> Thursday, June 18, 2009

Masihku ingat lagi, tatkala aku bermain panas di tengah padang yang tandus. Aku masih teringat tatkala aku bermain polis sentri dan tembak-tembak di balik hutan rimba, kini aku mengerti akan kehidupan sebenar, kehidupan penuh pancaroba. Untuk ku terus bangkit menghadapi hidup ini. Aku adalah aku...


Pst: I m not a soldier...

Read more...

Stroller pulak

>> Saturday, June 13, 2009

"Shopping sakan nampak. Hahaha~ Sakan ker??" Nilah ayat yang keluar dari member aku bila dia tanya tak ke mana ker arini... Apa yang aku shopping plak arini? Hmmm~ aku beli stroller plak. Sebenarnya aku nak cari tempat bawak baby (baby bucket) untuk mudah aku nak bawa ke mana2 but terbeli stroller plak. =p Sebabnyer stroller ni siap dgn bucket tu. For car pun bley. So, beli jer lah sementara budjet ada ni. (This month budjet aku lebih for 2 'cinta' aku ni).

So, nilah dier stroller tu...




Read more...

Membeli belah...

Okey, ni nak story plak pasal shopping barang baby. Asyik tulis pasal barang baby jer nih, tapi kenyataannya memang sekarang ni everyweek keluar beli barang untuk baby. Dah masuk 8 bulan ni lah masanyer nak cari semua ni kan. So, semalam Manila cuti umum sempena Independent Day diorang. Ingatkan meriah sangat lah kan macam kat M'sia tapi hampeh. Orang2 sini just cuti jer, takde buat pape pun... Apa da, takde sifat respek sama negara sendiri daaa org pinoy ni.

Berbalik pada barang2 baby ni, aku dengan wife shopping sakan lah beli keperluan baby. Cari baju, seluar, mitten, booties, bonnet, bedak, baby shower gel, dan seumpama dengannyer lah; malas aku nak taip semua. huhu~ Kebanyakkan stuff2 ni aku beli kat Lanmark Supermarket coz dekat dan banyak pilihan. Tax exemt pun dapat (kat sini tax dia 12% daaa, cekik darah tul).

Disebabkan aku ni malas nak menaip semua, so...layan jerlah gambar kat bawah ni... ahakz~



Pst: Picture-picture di atas ni di shoot oleh wife aku.

Read more...

Cinta kalian berdua~

>> Wednesday, June 10, 2009


Desir pasir dipadang tandus
segersang pemikiran hati
Terkisahku diantara cinta yang rumit

Bila keyakinan ku datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang tulus
Ku pertaruhkan

Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkinku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cinta ku padamu

Bila bahagia mulai menyentuh
Seakanku rasa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggal kan cinta
Ketika ku bersujud...

Demi cinta ini
Akan ku abadikan selamanya di sanubari
Ukiran dihati... kekal selamanya
Untuk kalian berdua...

Pst:
Sayang... abang berdoa...
Semoga segala berjalan dengan sempurna dan indah belaka.

Amin~



Read more...

Shopping sikit...

>> Monday, June 8, 2009

Ok, entry lagik. Ni pasal baby stuff plak aku nak story dalam blog aku nih. Semalam about pukul 8.00 malam aku pegi beli katil for baby. Lagi 5 hari baby cukup 8 bulan. So, time for buy katil lah pulak. Beli sikit2 jer dulu. Barang2 basic baby dah beli dan dah packing masuk dalam beg. Standby~. Mana taknyer, akak2 kat sini mula bising coz tengok aku nih releks dek jer...hehehe~ So, packing siap2 and last belilah katil nih.

Pandangan tepi

Harga diapun bolehlah, dalam Peso4700 jer. Tolak tax dapatlah Peso4136 (Lebih kurang RM310). Just ada dua choice kaler, Yellow Green dengan Gray Blue. Aku choose yellow green coz Gray Blue macam suram jer kaler dia. Wife pun pilih yang yellow green. Sehati sejiwa ker?... =p.

Sambil-sambil tu adalah barang-barang baby aku beli, macam set pillow dan seumpamanyer... Dan satu lagi sebab kenapa aku minat dengan katil ni ialah dia ada tempat salin diapers, dia boleh jadi buaian untuk dodoi baby (kat sini takde jual buaian mcm kat m'sia tu), ada roda untuk kemudahan bawak ke mana-mana dan boleh dijadikan playground if baby dah setahun lebih...

Pandangan dalam

Tempat salin diapers pun ader.



Pst: Hari ni aku cuti sempena Birthday Tuanku.

Read more...

Punggah barang

>> Sunday, June 7, 2009

Penat betul pagi ni. Seawal pukul 6.30 pagi tadi dah bangun bersiap. Barang-barang aku order melalui Colonel Zahar telah sampai, so aku nak pegi rumah dia amik barang2 tu. Aku order sikit jer tapi sampai banyak giler. Kadang-kadang order kat orang ni ada silap beli jugak, takpelah, aku bayar jer.

So, pagi2 tadi aku angkat lah kotak2 yang berat giler ni. Nasib ada sorg kawan aku; Kop. Asri tolong. 12 kotak semuanya. Nasib muat kereta Land Cruiser tu. Dah sampai lobi rumah, nak angkut plak naik. Mak aih~ Dah masuk rumah kotak2 tu nak asing2 plak coz nak kira balik ada yang trlebih dan ada terkurang. Siap semua pukul 11.12am. Pastu terus on lappy dan tulis post nih... hehehe~

Sebahagian daripada kotak2 baru sampai.


Read more...

Nasi Lemak lagi...

>> Friday, June 5, 2009

Okeh, ni aku nak jawab tag dari big bro aku nih... Pasal nasik lemak... hehehe~ Kat Manila ni pun ada nasik lemak lah. Lagi sedap hingga menjilat jari. Tak caye tanya nala...

1. Sila paste gambar nasi lemak kegemaran anda.

2. Nyatakan butiran berkenaan Nasi Lemak tersebut (beli kat mana, harga, mengapa anda suka etc)

Nasi lemak ni aku tak beli mane2 pun. Memang kat Manila nih susah nak cari nasi lemak tapi memang ada di jual di sini. Cuma jauh sikit jek nak beli; banding kat M'sia beli kat gerai2 je. Nasi Lemak special aku ni dibuat sendiri oleh wife aku. Special for me. Hehehe~ Sedap jugak hingga aku tambah 3 pinggan... (waaahhhh!!!) Mana tak naik badan aku nih... kihkihkih~

Harga dia, priceless... Credit Card pun tak leh bayar coz masakan dari air tangan wife gak sedap.

3. Senarai 5 blogger lain yang ingin anda tag.

Kepada 5 orang kawan2 blogger tu yang nak kongsi pasal nasik lemak tempat korang, silakan.... =), kepada big bro, dah jawab tag nih...



Read more...

Mai Secawan (Part 2)

>> Monday, June 1, 2009

Sedapnyer tatkala pagi hari, bila hujan turun aku melayan air panas Radix Koko. Sedapyer... Eh, Radix ada air perasa koko ker? Hah, ni lah produk terbaru keluaran HPA Industri. Aku import terus ke Manila ni. Saje nak rasa... Aku oder sate gak coz my wife teringin sangat makan sate. Nasib HPA ada jual sate ayam Organik... Sedap betul sambil minum Radix koko... hehehe~ sluurrrpppp~

Inilah antara produk yang aku baru oder semalam. Radix Koko, Kopi Radix,
Minyak But-But, Bengkong dan Barut for wife (tiada dlm gambo).

Ni plak Sate Ayam Organik, siap dengan kuah kacang lagi. Hanya masuk
dlm microwave...siap...
Pst:- Takde idea nak ngarang aper... promote lah sikit. Jom join HPA; klik link HPA di atas.
=)

Read more...

Keselamatan?

>> Sunday, May 31, 2009

Semalam pegi kedai senjata, saje tengok2 apa jenis senjata ada. Banyak pilihan rupanyer, dari pistol roller hingga M16 +++... Rambang mata first time tengok senjata for real. Kalo tak before ni tengok dalam filem jerk. So, belek2, aku pilih pistol nih, adik beradik Glock. Just for hobby jer... =p

Read more...

Raining Month~

Musim panas dah tamat. Bulan Jun adalah musim hujan, dan bakal musim typhoon akan tiba... huhu~ 2 bulan musim panas membakar and now musim main hujan plak. Tengahari tadi ada function di rumah Malaysia, sempena 2 orang pegawai baru mai. Dapatlah makan free...hehehe~ Sedap makan perut kenyang, hujan plak...waaaahhh~ terus kelopak mata ni layu jer...=p Hope typhoon taklah teruk sangat tahun nih... Amin~

Inilah yang dinamakan bangunan pencakar langit....

Keadaan langit yang gelap

Read more...

Bubuq~

>> Monday, May 25, 2009

Monday is a bored day. Keboringan tahap cipan angkasa... Nak buat keje pun takde mood... Tapi keboringan terus hilang bila petang menjelma. Petang tadi bos keluar meeting. Alangkah bahagianya ofis bila bos takde. So dengan senang hatinya dapatlah aku balik awal... (Awalpun pukul 6.10petang gak; sini dah gelap). huhu~ Balik jer rumah before azan magrib (pukul 6.19pm) wife aku jamu makan Bubur Biji Nangka. Sedapnyerrrr... tak sangka wife aku ni pandai masak rupanyer... Benda yang aku tak penah makan sejak hidup 27 tahun ni pun aku dapat makan...Nikmatnyer dapat isteri pandai masak nih. Hati bosan, terus hilang dek perut kenyang. Hikhikhik~

Inilah rupenyer Bubur Biji Nangka. Aku shoot kasi dekat biaq terang... =p

Read more...

7 bulan 1 minggu

>> Sunday, May 24, 2009

Sekarang baby already 7 month and 1 weeks. Lagi 2 month baby akan deliver insyaallah. Doakan semoga semua berjalan lancar yek kawan2 n family. Ikut pada kiraan doktor insyaallah awal bulan Ogos ni akan keluar. So, now aku kena ready make da plan. "Baby Ops".

About barang2 baby alhamdulillah ada sahabat2 'skynet' telah beri list keperluan baby mahupun mak baby. Thankz to u all for helping me. U all da best. Sekarang operasi membeli barang baby telah dimulakan starting this week. Today aku nak cari barang untuk mak baby pulak. Heheh~

Syukur pada Mu tuhan...


Read more...

Jom Camping, Memancing dan mendamaikan diri...

>> Sunday, May 17, 2009

Sebuah Perniagaan Akan Muncul tidak lama lagi. Lestari Semarak Sendirian Berhad akan bertapak di Selatan Tanah Air. Menyediakan perkhidmatan untuk mereka yang suka berkhemah, memancing, beriadah dan seumpamanya. Nantikan kemunculan website Sedili Eco Park tidak lama lagi....yeeeehaaaaa~



Read more...

Selamat Hari Ibu

>> Sunday, May 10, 2009

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)


Bila dahaga, yang susukan aku....
mak
Bila lapar, yang suapkan aku....
mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..
mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....
Mak
Bila bangun tidur, aku cari....
mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....
mak
Bila nak bermanja, aku dekati....
mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....
mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....
mak
Bila nakal, yang memarahi aku....
mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....
mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....
mak
Bila takut, yang tenangkan aku....
mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....
mak
Aku selalu teringatkan ....
mak
Bila sedih, aku mesti talipon....
mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....
mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..
mak
Bila takut, aku selalu panggil...
"mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....
mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....
mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....
mak
Bila ada masalah, yang paling risau....
mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni..
mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....
mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....
mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....
mak
Yang selalu berleter kat aku...
mak
Yang selalu puji aku....
mak
Yang selalu nasihat aku....
mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....
mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....


Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....
mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....
mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....
emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....
mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon
mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk
emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada.....
.....
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....


Berapa ramai yang sanggup
menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup
mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup
mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup
membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup
membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya.... ..

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.


1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Copyright by :


Read more...

Wet Season...

>> Thursday, May 7, 2009

Yeahaaa~ Dah masuk musim hujan. Bestnyer coz summer dah habis. Sejuk sikit bumi Manila nih. Balik tadi hujan lebat, nasib bawak payung. But still cannot work da payung maaa... angin tiup sekali. Agak sejuk tapi best... Jom main hujan... Jangan ribut dah ler... hikhikhik~ Sabay sabay~

Read more...

Al Fatihah

>> Tuesday, May 5, 2009

Takziah buat Family Wak long; yang telah kembali ke Rahmatullah pada pagi subuh tadi. Beliau telah banyak membantu saya sepanjang perkahwinan kami... Al Fatihah untuk beliau...

Read more...

Movie lagi~

>> Saturday, May 2, 2009

Hari ni beli dvd lagi. Hahaha~ Layan movie sampai lebam. Bos aku plak beli pistol BB jenis Glock. Nantilah aku pun teringin gak beli pistol nih, nextweek plak. So, arini aku beli 11 movie terbaru tahun nih. Siang tadi baru layan satu jerk, cerita lakonan Nicholas Cage-Knowing. Best gak cerita nih. Pasal dunia nak kiamat. huhu~

Lain-lain movie ialah Slumdog Millionaire, He's just Not That Into You (aku minat Scarlet Johansson dlm citer ni), Crank, Crossing Over (Harrison Ford), Driven to Kill (Mamat control macho; Steven Seagal brlakon), Wanted (Angel
ina Jolie), Super Typhoon (Citer cina), Beverly Hills Chihuahua, Marley & Me, dan satu citer pinoy lakonan John Lloyd and Sarah Geronimo bertajuk You Change My Life (citer jiwang; tp jiwang pinoy nih best layan). So, this weekend layan movie lagi.

Eh, lupa lak. Esok ada tournament bowling anjuran Perwakilan plak dah. Huiiii~ best tu. Tak tau dapat join ke tak, kena standby plak esok...huuuuuuuu~

Movie yang dibeli hari ni. Omey pun nak interprem...hehehe~


Read more...

Happy Kaarawan...

>> Wednesday, April 29, 2009

Dibawah ini adalah iklan ais krim dari brand Selecta. Brand ni memang femes giler kat Manila... dan seluruh Filipina. So, jom layan... Happy Kaarawan kepada sahabat2 yang sambut birthday na...


Read more...

Nikmatnyerr...

>> Monday, April 27, 2009

Hari ini cukup nikmat. Dah lama tak merasa kenikmatan makanan sebegini. Tidak dapat ku menahan lelehan air liur dimulut ku, tidak dapat ku tahan akan bauan nikmat ini... slurrrpppp.............

Hehehe~ apa benda lah aku merepek nih. Hari ni wife aku masak special sikit. Aku pun dah lama tak makan food ini. Wife aku buat Ikan Tenggiri Masak Gulai Tempoyak tuuu... Waaaaaahhh sedapnyer.... setahun tak makan nih... sekali 3 pinggan aku tambah... huhuhu~ =p


Note: Nikmatnye terasa hingga sekarang.... slurrpp~

Read more...

Banana Leaf (2)

>> Sunday, April 26, 2009

Today cukup malas. Bila hari ahad jer semua jadi malas. Sunday is Lazyday. So, nak bangun pagi pun malas. Dekat pukul 9am baru mangkit. huhu~ Aku mangkit siap2 sikit n terus ke dapur. Sian wife aku 5day making me a breakfes, so today i want to make the bekfes for her. Pegi dapur usha2 aper ader, hah, nasik ader. Buat nasi goreng jer lah. My style fried rice... hehe~. After bekfes,at 10am siap2 mandi. Cadang nak pi beli ikan kat shopwise, tapi kalo sunday mesti takde parking. Jadi ajak wife aku pegi rockwell. Belilah ikan, buah2an and some stuff...

After dat kami pi lunch kat Banana Leaf branch Rockwell. Aku makan nasi goreng lagi for lunch, hahaha~ Nasi goreng Thai... (seafood). Banyak giler... Wife plak mee goreng ape ntah... lupa ar plak. Minum teh hong kong style n apple juice. Ma sarappp~ ;)

Logo kedai

Nasi goreng Thai

Read more...

Ultrasound

>> Saturday, April 25, 2009

Semalam aku n wife ke Makati Medical Center for making another check up. Second Ultrasound. Tepat jam 8.30 pagi aku tiba di sana. First, pegi kaunter buat bayaran. P1,750 aku kena bayar. Takpelah, bayar jerk. Tengok kat bilik Ultrasound ada sorang patient jer, kejap jer nih. Tunggu punya tunggu... mak aih, 9.40 pagi baru doktor sampai. Lebih kurang hospital kat M'sia gak ler tapi kat sini lagi hampeh... Aduhhh~. Seorang doktor perempuan, dan doktor pelatih ada sama. Tepat jam 10.40 pagi aku masuk ofis balik... Lega bigbos aku tak balik lagi. Sambung keje...


Di bilik ultrasound

Result : Low-lying plasenta. Mohon kekawan doakan semoga semua selamat...
Gender : Girl
Age inside : 6 month
Semoga semuanya selamat hendaknya...

Read more...

Mai secawan~

>> Wednesday, April 22, 2009

Wahhhh~ dah lama tak minum kopi radix, akhirnyer dapat jugak. Petang tadi pos Malaysia telah menghantar satu kotak barang-barang, antaranya kopi radix. Baik untuk kesihatan dengan campuran 7 herba... Mai secawan~ Korang boleh jadi ahli HPA Radix jugak, klik pada iklan di atas... =)


Note : Tengah minum kopi radix di beranda rumah sambil melihat hujan...sedapppnyer~

Read more...

Aku berkata;

Aku mahu bercerita, aku mahu berkongsi, aku mahu familyku tahu cerita tentang aku walau aku merantau mencari rezeki di negara orang.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP