Omey

>> Tuesday, June 23, 2009

Ni kucing aku dengan wife nama Omey. Sekarang dah masuk setahun dah umuq dia. Hobi omey ni bergambar, asal aku pegang kamera jer mesti dia datang nak interprem... Pastu sekarang ni plak omey suka makan kurma. Tak cukup kalau bagi sebijik, mesti nak lagi... Lawak tul tengok omey nih... :D



Read more...

Hapi Daddy Day...

>> Sunday, June 21, 2009

Selamat Hari Bapa buat abah ku, Encik Ir. Hj. Zulkifli Bin Hj. Zainal Abidin. Semoga abah sentiasa sihat, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki... Amin~

Dan juga Selamat Hari Bapa buat abah mertuaku, Encik Ramli Bin Ahmad. Semoga abah sentiasa sihat, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selamanya jugak. Amin~
Pst: Gambar diambil time kenduri kawen aku.

Read more...

Aku...

>> Thursday, June 18, 2009

Masihku ingat lagi, tatkala aku bermain panas di tengah padang yang tandus. Aku masih teringat tatkala aku bermain polis sentri dan tembak-tembak di balik hutan rimba, kini aku mengerti akan kehidupan sebenar, kehidupan penuh pancaroba. Untuk ku terus bangkit menghadapi hidup ini. Aku adalah aku...


Pst: I m not a soldier...

Read more...

Stroller pulak

>> Saturday, June 13, 2009

"Shopping sakan nampak. Hahaha~ Sakan ker??" Nilah ayat yang keluar dari member aku bila dia tanya tak ke mana ker arini... Apa yang aku shopping plak arini? Hmmm~ aku beli stroller plak. Sebenarnya aku nak cari tempat bawak baby (baby bucket) untuk mudah aku nak bawa ke mana2 but terbeli stroller plak. =p Sebabnyer stroller ni siap dgn bucket tu. For car pun bley. So, beli jer lah sementara budjet ada ni. (This month budjet aku lebih for 2 'cinta' aku ni).

So, nilah dier stroller tu...




Read more...

Membeli belah...

Okey, ni nak story plak pasal shopping barang baby. Asyik tulis pasal barang baby jer nih, tapi kenyataannya memang sekarang ni everyweek keluar beli barang untuk baby. Dah masuk 8 bulan ni lah masanyer nak cari semua ni kan. So, semalam Manila cuti umum sempena Independent Day diorang. Ingatkan meriah sangat lah kan macam kat M'sia tapi hampeh. Orang2 sini just cuti jer, takde buat pape pun... Apa da, takde sifat respek sama negara sendiri daaa org pinoy ni.

Berbalik pada barang2 baby ni, aku dengan wife shopping sakan lah beli keperluan baby. Cari baju, seluar, mitten, booties, bonnet, bedak, baby shower gel, dan seumpama dengannyer lah; malas aku nak taip semua. huhu~ Kebanyakkan stuff2 ni aku beli kat Lanmark Supermarket coz dekat dan banyak pilihan. Tax exemt pun dapat (kat sini tax dia 12% daaa, cekik darah tul).

Disebabkan aku ni malas nak menaip semua, so...layan jerlah gambar kat bawah ni... ahakz~



Pst: Picture-picture di atas ni di shoot oleh wife aku.

Read more...

Cinta kalian berdua~

>> Wednesday, June 10, 2009


Desir pasir dipadang tandus
segersang pemikiran hati
Terkisahku diantara cinta yang rumit

Bila keyakinan ku datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang tulus
Ku pertaruhkan

Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkinku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cinta ku padamu

Bila bahagia mulai menyentuh
Seakanku rasa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggal kan cinta
Ketika ku bersujud...

Demi cinta ini
Akan ku abadikan selamanya di sanubari
Ukiran dihati... kekal selamanya
Untuk kalian berdua...

Pst:
Sayang... abang berdoa...
Semoga segala berjalan dengan sempurna dan indah belaka.

Amin~



Read more...

Shopping sikit...

>> Monday, June 8, 2009

Ok, entry lagik. Ni pasal baby stuff plak aku nak story dalam blog aku nih. Semalam about pukul 8.00 malam aku pegi beli katil for baby. Lagi 5 hari baby cukup 8 bulan. So, time for buy katil lah pulak. Beli sikit2 jer dulu. Barang2 basic baby dah beli dan dah packing masuk dalam beg. Standby~. Mana taknyer, akak2 kat sini mula bising coz tengok aku nih releks dek jer...hehehe~ So, packing siap2 and last belilah katil nih.

Pandangan tepi

Harga diapun bolehlah, dalam Peso4700 jer. Tolak tax dapatlah Peso4136 (Lebih kurang RM310). Just ada dua choice kaler, Yellow Green dengan Gray Blue. Aku choose yellow green coz Gray Blue macam suram jer kaler dia. Wife pun pilih yang yellow green. Sehati sejiwa ker?... =p.

Sambil-sambil tu adalah barang-barang baby aku beli, macam set pillow dan seumpamanyer... Dan satu lagi sebab kenapa aku minat dengan katil ni ialah dia ada tempat salin diapers, dia boleh jadi buaian untuk dodoi baby (kat sini takde jual buaian mcm kat m'sia tu), ada roda untuk kemudahan bawak ke mana-mana dan boleh dijadikan playground if baby dah setahun lebih...

Pandangan dalam

Tempat salin diapers pun ader.



Pst: Hari ni aku cuti sempena Birthday Tuanku.

Read more...

Punggah barang

>> Sunday, June 7, 2009

Penat betul pagi ni. Seawal pukul 6.30 pagi tadi dah bangun bersiap. Barang-barang aku order melalui Colonel Zahar telah sampai, so aku nak pegi rumah dia amik barang2 tu. Aku order sikit jer tapi sampai banyak giler. Kadang-kadang order kat orang ni ada silap beli jugak, takpelah, aku bayar jer.

So, pagi2 tadi aku angkat lah kotak2 yang berat giler ni. Nasib ada sorg kawan aku; Kop. Asri tolong. 12 kotak semuanya. Nasib muat kereta Land Cruiser tu. Dah sampai lobi rumah, nak angkut plak naik. Mak aih~ Dah masuk rumah kotak2 tu nak asing2 plak coz nak kira balik ada yang trlebih dan ada terkurang. Siap semua pukul 11.12am. Pastu terus on lappy dan tulis post nih... hehehe~

Sebahagian daripada kotak2 baru sampai.


Read more...

Nasi Lemak lagi...

>> Friday, June 5, 2009

Okeh, ni aku nak jawab tag dari big bro aku nih... Pasal nasik lemak... hehehe~ Kat Manila ni pun ada nasik lemak lah. Lagi sedap hingga menjilat jari. Tak caye tanya nala...

1. Sila paste gambar nasi lemak kegemaran anda.

2. Nyatakan butiran berkenaan Nasi Lemak tersebut (beli kat mana, harga, mengapa anda suka etc)

Nasi lemak ni aku tak beli mane2 pun. Memang kat Manila nih susah nak cari nasi lemak tapi memang ada di jual di sini. Cuma jauh sikit jek nak beli; banding kat M'sia beli kat gerai2 je. Nasi Lemak special aku ni dibuat sendiri oleh wife aku. Special for me. Hehehe~ Sedap jugak hingga aku tambah 3 pinggan... (waaahhhh!!!) Mana tak naik badan aku nih... kihkihkih~

Harga dia, priceless... Credit Card pun tak leh bayar coz masakan dari air tangan wife gak sedap.

3. Senarai 5 blogger lain yang ingin anda tag.

Kepada 5 orang kawan2 blogger tu yang nak kongsi pasal nasik lemak tempat korang, silakan.... =), kepada big bro, dah jawab tag nih...



Read more...

Mai Secawan (Part 2)

>> Monday, June 1, 2009

Sedapnyer tatkala pagi hari, bila hujan turun aku melayan air panas Radix Koko. Sedapyer... Eh, Radix ada air perasa koko ker? Hah, ni lah produk terbaru keluaran HPA Industri. Aku import terus ke Manila ni. Saje nak rasa... Aku oder sate gak coz my wife teringin sangat makan sate. Nasib HPA ada jual sate ayam Organik... Sedap betul sambil minum Radix koko... hehehe~ sluurrrpppp~

Inilah antara produk yang aku baru oder semalam. Radix Koko, Kopi Radix,
Minyak But-But, Bengkong dan Barut for wife (tiada dlm gambo).

Ni plak Sate Ayam Organik, siap dengan kuah kacang lagi. Hanya masuk
dlm microwave...siap...
Pst:- Takde idea nak ngarang aper... promote lah sikit. Jom join HPA; klik link HPA di atas.
=)

Read more...

Aku berkata;

Aku mahu bercerita, aku mahu berkongsi, aku mahu familyku tahu cerita tentang aku walau aku merantau mencari rezeki di negara orang.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP