Raining Month~
Bubuq~
>> Monday, May 25, 2009
7 bulan 1 minggu
>> Sunday, May 24, 2009
Sekarang baby already 7 month and 1 weeks. Lagi 2 month baby akan deliver insyaallah. Doakan semoga semua berjalan lancar yek kawan2 n family. Ikut pada kiraan doktor insyaallah awal bulan Ogos ni akan keluar. So, now aku kena ready make da plan. "Baby Ops".About barang2 baby alhamdulillah ada sahabat2 'skynet' telah beri list keperluan baby mahupun mak baby. Thankz to u all for helping me. U all da best. Sekarang operasi membeli barang baby telah dimulakan starting this week. Today aku nak cari barang untuk mak baby pulak. Heheh~
Syukur pada Mu tuhan...

Jom Camping, Memancing dan mendamaikan diri...
>> Sunday, May 17, 2009
Sebuah Perniagaan Akan Muncul tidak lama lagi. Lestari Semarak Sendirian Berhad akan bertapak di Selatan Tanah Air. Menyediakan perkhidmatan untuk mereka yang suka berkhemah, memancing, beriadah dan seumpamanya. Nantikan kemunculan website Sedili Eco Park tidak lama lagi....yeeeehaaaaa~
Selamat Hari Ibu
>> Sunday, May 10, 2009
Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan .... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku.... mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari.... mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau mak sudah tiada..... .....
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya.... ..
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.
Copyright by :
Wet Season...
>> Thursday, May 7, 2009
Al Fatihah
>> Tuesday, May 5, 2009
Movie lagi~
>> Saturday, May 2, 2009
Lain-lain movie ialah Slumdog Millionaire, He's just Not That Into You (aku minat Scarlet Johansson dlm citer ni), Crank, Crossing Over (Harrison Ford), Driven to Kill (Mamat control macho; Steven Seagal brlakon), Wanted (Angelina Jolie), Super Typhoon (Citer cina), Beverly Hills Chihuahua, Marley & Me, dan satu citer pinoy lakonan John Lloyd and Sarah Geronimo bertajuk You Change My Life (citer jiwang; tp jiwang pinoy nih best layan). So, this weekend layan movie lagi.
Eh, lupa lak. Esok ada tournament bowling anjuran Perwakilan plak dah. Huiiii~ best tu. Tak tau dapat join ke tak, kena standby plak esok...huuuuuuuu~
Happy Kaarawan...
>> Wednesday, April 29, 2009



