Mendung...

>> Tuesday, April 21, 2009

Hari ini sungguh sejuk, ibarat duduk dalam peti ais. Padahal sekarang ni summer, camner leh sejuk pulak nih... Rupanya kat luar hujan. Pelik jugak tengah panas tadi tetiba hujan. Tidak ku sangka hujan ditengah petang...Patut ler menggigil jer badan arini... Tapi lega jugak, dah sebulan panas terik membakar, akhirnya hujan jugak. Sejuk sikit bumi Manila nih. =)

Bila hujan, jalanpun jem...

Mendung jer langit...

Dari tingkap bilik aku...



Read more...

Indah ciptaan Tuhan.

Sungguh ajaib ciptaan Tuhan, sungguh indah ciptaanNya... Alhamdulillah babyku telah memasuki minggu 24...





Read more...

Hari Movie Sedunia...~

>> Monday, April 20, 2009

Puas giler aku 2 hari cuti layan movie. huhu~ Bukan senang nak cari DVD pirate kat Manila nih. Diorang ni wujud cuma di tempat-tempat tertentu jek. Lepas aku puas jalan2 aku jumpa satu building ni; masuk dalam rupanyer ada jual dvd tu... crita terbaru aku nak tengok, Fast & Furious 4 ada dijual gak. Aku ni malas sikit nak tengok wayang kat Manila ni, orang-orang sini macam rusa masuk kampung, tak reti dok diam tengok wayang...Hampeh. Dari aku pegi sana baik aku layan kat rumah dengan TV Sony 48inci dan speaker pecah rumah dah cukup puas. So, aku sempat beli 16 DVD... semua cerita baru dan gambar dia perghhht cantik giler, Malaysian Pirate pun kalah. (asyik nampak kepala orang lalu lalang jer...ampeh).
So, dalam masa 2 hari aku habiskan tengok movie2 nih. Hehehe~ Betul-betul puas... Ni movie yang aku layan... Bedtime Stories, Journey to the Center of the Earth, Gran Torino, Seven Pound, Confessions of Shopaholic, Batman:Dark Knight, Fast & Furious 4, Dragonball Evolution,The Sniper (HongKong movie), Yes Man, Tha day The Earth Stood Still, Monster vs Aliens, X-Men: Wolverine, The International, Valkyrie dan Mall Cop... Perghhh~ Next week cari lagik... heheheh~


Read more...

Handbag Buatan Kayu Wife Aku~

>> Friday, April 17, 2009

Hari ni wife aku sakan ler shopping handbag kat rumah Malaysia. Perwakilan ada buat jualan handbag dibuat dari kayu jati... Tak silap aku ler tapi boleh tahan gak harge dia... Takpelah, sekali sekala dia nak enjoy membeli belah. Lagipun kat Malaysia pun takde jual handbag kayu ni, kat Filipina jer... Anyway, aku happy bila tengok wife happy... =)

Koleksi handbag kayu wife aku.

Note : Kalau korang tengok beg ni percaya tak yang beg ni dibuat dari kayu kan. Aku mula-mula tengok pun macam tak caye jek buat dari kayu...

Read more...

Proton Exora

>> Thursday, April 16, 2009

Tahniah diucapkan kepada proton diatas pengeluaran kereta terbaru - Proton Exora. Memang cantik dan terkini. Kereta buatan Malaysia telah melangkah setapak lagi.

Depan

Belakang

Dengan 7 tempat duduk, aircond disetiap penumpang, ruang yang luas, spesifikasi tambahan yang menawan... Cayalah. Cuma slack sikit kat enjin je lah, kereta besaq guna enjin Campro 1.6 CPS jer. Boleh pegi ker nih kalo bawa full penumpang dengan full luggage? Papepun, enjin tu boleh upgrade kepada siapa yang ada duit, tukar jer enjin 2.0 V6 ke..... Okeh, layari www.proton-edar.com untuk tempahan. (promote plak dah) hahaha~


Proton Exora Concept (Exora Prime)

Aku masukkan post ni coz kat Manila ni pun takkan dapat buat kereta macam Proton nih. Itu yang buat aku bangga sangat jadi rakyat Malaysia.

Read more...

Perjalanan pulang~

>> Wednesday, April 15, 2009

Hari aku yang paling letih arini. Letih pale otak, letih badan... Lepas habis buat keje tepat pukul 7.15 malam, terus aku kemas beg cabut. Biarlah andartu tu stay sorang kat opis tu, buat keje dah macam takde hari esok...

Sambil berjalan merenung langit aku terkenang akan negeri tercinta, terutama
rumahku tercinta. Bilalah aku nak renovate rumah kat dengkil tu... Seronok memandang langit sambil fikiran melayang-layang, sampai ler disebuah bangunan tersergam indah depan mata. Bangunan yang diberi nama LPL Manor, rumah aku kat Manila nie ler... Cantik jugak pemandangan rumah aku ni tatkala malam, baru aku perasan... selama ni balik penat, tak sempat nak memandang ke langit...

Rumah aku ni kalo kira dari basement ada 26 tingkat termasuk penthouse. Kat bahagian ground ni (lobby) ada sebuah restoran jepun yang tak penah aku masuk diberi nama Bento Box dan sebelah kanan sebuah salon manicure, sesape suke kaler kuku tu leh try.... Masuk gate adalah sebuah kaunter dengan pak guard jaga 24 jam, sebelum tunggu lif sampai borak2 ler dgn pak guard nih, muke garang jer tapi ok sebenarnyer.
Lif sampai jer terus aku tekan butang ke rumah aku, tingkat 24. Boleh dikatakan atas sekali sebelum penthouse. Nasib ada lif, kalo tak naya aku nak memanjat tangga tuh... pernah sekali lif nih tengah repair, tinggal satu lif jek. Bayangkan ada 26 tingkat, ada berape orang yang nak guna lifkan. Terpaksa tunggu 25 minit semata-mata nak turun bawah. Giler betoi, nasib kejap jer dia repair kalo tak memang nak kena maki hamun ler jawabnyer. huhu~ Sebelum aku jejak kaki aku ke rumahku syurgaku, sempat ler aku shoot gambar aku sendiri. Dengan muka serabai asap, beg galas yang dipegang hadiah pemberian isteri tercinta, henfon kesayangan aku Sony Ericson G900.... Camni ler hidup aku di Manila sehari-hari. Yang penting sampai rumah jer, yang tersayang sudah menunggu... Hilang penat sementara. I Love u darling~


Read more...

Pening~

>> Sunday, April 12, 2009

Fikiran melayang-layang memikirkan pasal wife aku dan baby. Dekat manalah patut aku hantar wife untuk beranak nanti. Kejap-kejap kat Manila ni, kejap-kejap kat Malaysia. Apa yang aku risau sekarang selepas beranak nanti. Siapa nak jaga wife aku kat rumah time aku kerja. Aku pun dapat cuti 5 hari jer. (Itupun kalau bos andartu aku tu dah balik for good). Mak dan abah mertua kata nak datang tapi masih tak pasti lagi. So, aku pun jadi pening dan semakin risau, dah tak lama lagi pun, pejam celik dah nak masuk 6bulan baby aku ni. Aku terfikir gak kalau suruh wife aku beranak kat Malaysia, senang... mertua boleh jaga. Tapi aku lah tak boleh balik pulak tengok. Kalau beranak kat Manila ni pun senang, gov bayar semua bil perubatan dan aku senang pegi tengok... cuma, siapa nak jaga time wife aku pantang. Aku pun taktau nak jaga baby yang masih kecik nih. Itu yang buat aku pening sampailah sekarang.... huuuuuuuu~

Read more...

Menu : Nasi Lemak

>> Saturday, April 11, 2009

Ni pulak nasi lemak wife aku buat semalam, kat Manila jumaat cuti (Good Friday). So wife aku masak ler nasi lemak kegemaran aku dengan ayam goreng rempah. Aku ajak kenalan terdekat untuk join sekali. Heheh~ Tapi gambar nasik tu aku amik selepas aku mengkedarah nasik ni, lupa plak nak shoot.... =p

Nota : Aku memang suka makan.... =>

Read more...

Menu : Mee Singapore

Hari cuti hari yang paling malas. Hehehe~ Kat luar pun panas terik nyer, sekali buka tingkap bahang masuk rumah. So, aku nak keluar pun malas ler jawabnyer. Wife dah bosan dok rumah tapi bila keluar pulak dia cepat penat. HUhuhu~ So aku layan ler tengok cerita 'Extreme Makeover: Home Edition'. Layan gak citer ni. Dok layan tetiba perut dok kruk~ kruk~ Lapo la plak. Hari ni wife masak Bihun Singapore. Hui~ dah lama tak makan nih. Apa lagi, terus ler hidang and makan dengan wife tercinta nih. Sedap, lazat dan mengenyangkan.... "Ayang, sepinggan lagi..." =)
Nota : Buat sahabatku di Pretoria, jalan terliur ya... hahaha~ =p

Read more...

Earth Hour~

>> Friday, March 27, 2009

Jomlah kita sama-sama menyambut sahutan ini. Earth Hour;
akan bermula esok hari
28 Mac 2009.
Kita tutup lampu tepat jam 8.30 malam - 9.30 malam ya.

EARTH HOUR


Read more...

Aku berkata;

Aku mahu bercerita, aku mahu berkongsi, aku mahu familyku tahu cerita tentang aku walau aku merantau mencari rezeki di negara orang.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP